Gotong Royong Musolla Banin Sekolah Islam Hidayah

Pada 24 Januari 2013 yang lepas, telah diadakan aktiviti gotong-royong musolla banin Sekolah Islam Hidayah dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari anjuran M-FORCE Banin dan disertai oleh para pelajar banin SMIH. Terima kasih diucapkan kepada kalian semua yang telah memurnikan musolla. 

Dr Zaid Omar

Tahniah Dr Zaid bin Omar. Zaid adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) JB. Beliau mengungguli semua bekas pelajar SMIH yang lain apabila berjaya menjadi bekas pelajar sulung yang mendapat PhD.