SMIHJB | KURSUS KETUA PLATUN DAN KEJURULATIHAN KAWAD TAHAP 2 KRSM 2024

Alhamdulillah, pada tanggal 18 hingga 20 Februari 2024, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menghantar seramai 4 orang kadet dan 1 orang pegawai KRSM ke Kursus Ketua Platun Dan Kursus Kejurulatihan Kawad Tahap 2 KRSM di Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu, Ampang Pechah, Selangor.

Dalam Kursus Ketua Platun tersebut, pelbagai kemahiran telah diajar terutama bagi pelarasan kawad statik, kawad dinamik, kawad formasi, ciri-ciri kepimpinan Ketua Platun serta diadakan pertandingan kawad kaki juga. Manakala bagi Kursus Kejurulatihan Kawad Tahap 2 (Pegawai) pula, kursus lebih kepada pelarasan kawad kaki dan micro-teaching.

Alhamdulillah syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas kesungguhan yang ditunjukkan semasa kursus dijalankan. Semoga dengan kursus ini, prestasi KRSM di SMIH JB dapat ditingkatkan lagi. In sha ALLAH.

Peserta terdiri dari :
1.Staf Sarjan Muhammad Amir Shahid Bin Rofazlin
2.Sarjan Syafi Bin Mohamad Tahir
3.Staf Sarjan Nurhanis Syafiqah Binti Faizal
4.Sarjan Nuha Husna Binti Nazri
5.Leftenan Hilsha Binti Hashim

Jazakumullahu khairan kathira.

Leftenan Hilsha Binti Hashim
Penyelaras KRSM SMIH JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda