SMIHJB | BINGKISAN SYAWAL SMIH

Anjuran Bersama:
Pusat Pendidikan Hidayah(PPH), IKRAM JBU, Yayasan Ikram Malaysia, Yayasan Pendidikan Hidayah(YPH).

Pada 3 April 2024 lalu, 18 kumpulan Majlis Diskusi Pelajar (MDP) bagi tingkatan 5, batch 26 Nexus telah melaksanakan agihan Bingkisan Syawal kepada 20 orang penerima di sekitar Kg Sinaran Baru dan Kg Maju Jaya.

Setiap murabbi bersama-sama ahli MDP telah membuat agihan berupa barang makanan keperluan harian dan wang tunai kepada penerima yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin, ibu tunggal, anak yatim dan pesakit kronik.

Semoga dengan sumbangan bingkisan ini dapat meringankan sedikit beban dan memberi sinar kegembiraan bagi menyambut aidilfitri yang bakal menjelma.

Diharapkan pelaksanaan program seumpama ini dapat menimbulkan kesedaran kepada pelajar untuk cakna membantu golongan yang memerlukan.

Jzkk kepada semua penyumbang.

#bangunkanjiwatakwa #batchnexus26

Siti Shamtidar Boahari
Pen Kanan Pembangunan Sahsiah Murid SMIHJB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda