SMIHJB | MSU QURANIC LEAGUE 2024

Pada hari Selasa, 2 April 2024,
Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghantar 5 orang muridnya untuk menyertai pertandingan MQL 2024(MSU Quranic League) anjuran Management and Science University (MSU)di Shah Alam, Selangor.

Seramai lebih kurang 1076 orang peserta telah menyertai pertandingan ini dan mereka terdiri dari pelbagai peringkat umur.

Acara saringan yang melibatkan pelbagai institusi pendidikan dari sekolah rendah, menengah dan universiti di dalam dan luar negara telah bermula pada 11-15 Mac 2024.

Sekolah Menengah Islam Hidayah adalah salah satu dari beberapa buah sekolah menengah yg terpilih hingga ke peringkat akhir dalam pertandingan ini.

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah, ucapan tahniah atas pencapaian murid-murid berikut :

🥇Johan Tahriri Hafazan kategori Sekolah Menengah Juz 1-10
(Ainul Faqihah Bt Ani: 5 Iftikhar)

🥈Naib Johan Tahriri kategori Sekolah Menengah Rendah Juz 30
(Nazra Qistina Suhaimi Bt Mohd Najib: 4 Muraqabah)

🥈Naib Johan Qiraah kategori Sekolah Menengah
(Muhammad Uwais Al-Hafiy B Mohamad Azizi : 4 Ilham)

🥉Tempat Ketiga Qiraah kategori Sekolah Menengah 
(Nur Afiqah Aina Bt Mohd Ismee : 4 Indhibat)

Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang telah berjaya mendapat kemenangan dan 7 murid lagi yang menyertai dari peringkat saringan MQL 2024 ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih dan jazakumullahu khairan diucapkan kepada pengetua, PK Akademik dan ibu bapa yang memberikan sokongan padu untuk penyertaan ini. Begitu juga guru- guru yang memberikan galakan dan bantuan latihan kepada anak-anak ini.

Semoga kemenangan ini menambahkan lagi rasa syukur untuk lebih banyak meluangkan masa dengan Al-Quran terutama di bulan Ramadhan ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda