SMIHJB | IFTAR BATCH 28 BANIN

[ 3 April 2024 ]

Alhamdulillah, pada tarikh 3 April 2024, pihak Majlis Tertinggi Batch 28 Banin dan guru penyelaras telah mengadakan program Iftar Batch bagi banin sahaja

Antara objektif ialah untuk merapatkan ukhuwwah antara ahli batch di luar sesi persekolahan di samping mengalakkan  mereka berqiamulail bersama ahli batch.

Program dihadiri oleh seramai 60 orang banin bertempat di Dewan Tabuk. Sebelum majlis berbuka, bacaan doa selamat telah diadakan.

Alhamdulillah, iftar kali ini peserta dijamu hidangan nasi barayani. Kemudian para peserta solat maghrib berjemaah.
Senggang waktu antara maghrib dan isyak diiisi dengan tazkirah oleh pelajar dan sedikit ucapan oleh Guru Penyelaras tarbiah batch iaitu Ustaz Mudzakkir Sani. Ustaz Rafiqi selaku guru mentor turut bersama-sama memeriahkan iftar ini.

Perlaksanaan solat isyak berjemaah,solat terawih 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat diketuai oleh beberapa pelajar tingkatan tiga.

Program berakhir selepas mengemas dewan pada jam 9.50 malam.

Terima kasih kepada ibu bapa yang menyumbang juadah berbuka. Semoga penganjuran program seperti ini dapat melatih kepimpinan dan sifat tanggung jawab di kalangan pelajar.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda