24-26 Sept 2025
Wan Family Kampong Stay, Kota Tinggi
Alhamdulillah pada 24 hingga 26 Sept 2025 telah berlangsung Program Mukhayyam Tingkatan 2 tahun 2025
Bilangan peserta yang hadir ialah 152 orang murid dari tingkatan 2, 2 orang dari murid tingkatan 4 dan seorang murid dari tingkatan 3
Pelbagai halangan dan cabaran dilalui murid-murid dan semuanya ditempuhi sebagai satu batch yang teguh
Semoga para peserta mengambil iktibar dari program ini dan menjadikan diri mengabdikan diri kepada Allah, menghormati ibu bapa, saling bantu-membantu sesama rakan satu batch dan meningkatkan kemahiran KRS yang berkaitan
Jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira ke atas barisan pengurusan sekolah yang diketuai oleh Puan Pengetua Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan serta para ibu bapa yang menyokong program ini dari awal hingga akhirnya






