SMIHJB | MAJLIS ANUGERAH KOPERASI TERBAIK NEGERI JOHOR 2025

Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (KOOPSMIH JB) telah mencapai satu lagi kejayaan yang amat membanggakan apabila berjaya meraih Anugerah Kedua bagi kategori 30 Buah Koperasi Sekolah Terbaik Negeri Johor bagi tahun 2025.
Bertempat di Hotel Grand Paragon Johor Bahru, pada tarikh 9 Oktober 2025 SMIHJB sekali lagi melakar sejarah mencapai kedudukan 10 terbaik pengurusan koperasi peringkat sekolah .
Pengiktirafan ini diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Johor sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan koperasi ini dalam aspek pengurusan, kewangan, dan sumbangan terhadap pembangunan sekolah.

 Sejak penubuhannya, KOOPSMIH JB  sentiasa komited untuk menjadi koperasi sekolah yang dinamik dan berdaya saing. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk memperluas aktiviti jualan, mempertingkat sistem perakaunan, serta memperkukuh pengurusan organisasi. Semua usaha ini dilaksanakan dengan matlamat utama untuk memberi manfaat kepada warga sekolah dan menyemai nilai keusahawanan dalam kalangan murid-murid. 

 Kejayaan ini adalah hasil daripada sokongan padu seluruh warga Hidayah yang tidak jemu memberikan dokongan kepada koperasi. Guru-guru, staf, ibu bapa serta murid sentiasa bersama-sama membantu koperasi dalam pelbagai bentuk – sama ada melalui pembelian barangan, penyertaan dalam program koperasi, mahupun sumbangan idea yang membina. Semangat kerjasama inilah yang menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan koperasi, bertepatan dengan mottonya:

Muafakat Membawa Barakah.

 Kejayaan ini membuktikan bahawa koperasi sekolah bukan sahaja berperanan sebagai entiti perniagaan, tetapi juga sebagai platform pendidikan keusahawanan dan nilai murni seperti amanah, tanggungjawab, dan tolong-menolong. Pengiktirafan yang diterima akan menjadi motivasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus memperkukuh pengurusan koperasi dan mengekalkan prestasi cemerlang pada masa akan datang.

 Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru akan terus berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan inovasi dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak kepada pencapaian yang lebih besar serta mengharumkan nama Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru di peringkat negeri dan kebangsaan.

Sekalung penghargaan untuk semua Warga Hidayah!

Pengurusan Koperasi
Sekolah Menengah Islam Hidayah
2025

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda