Tarikh : 2 – 4 Oktober 2025
Tempat: Wan Family Kampong Stay, Kota Tinggi
Penyertaan:
178 orang pelajar Tingkatan 1 & 2
20 orang Fasi Tingkatan 4
15 orang guru pengiring
Alhamdulillah.. program Mukhayyam Tingkatan 1 telah berjalan dengan lancar dan jayanya.. Tahniah diucapkan kepada semua peserta..
“Wahai jiwa muda yang sedang mencari,
Dalam mukhayyam ini kau temui erti,
Erti hidup bukan hanya duniawi,
Tapi akhirat itu pasti, abadi.
“Berjalanlah wahai mujahid kecil,
Di atas jalan yang lurus dan sulit,
Peganglah al-Quran jangan sekali kau tinggalkannya,
Kerana cahaya itu bukan sekadar di dunia.”
Semoga program ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberi impak rohani dan emosi kepada para pelajar. Semangat untuk berubah menjadi Insan Rabbani yang berdisiplin, bertanggungjawab semakin terserlah serta meningkatkan kemahiran KRS dalam diri pelajar.
Mukhayyam bukan sekadar perkhemahan, tetapi ia adalah madrasah tarbiah hati yang menyemai benih-benih iman dan taqwa.
Jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira ke atas barisan pengurusan sekolah yang diketuai oleh Puan Pengetua Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan, Ustazah Norhawanis Pk Ko serta para ibu bapa yang menyokong program ini dari awal hingga akhirnya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru2, Ajk pelaksana dan barisan fasilitator yang telah bertungkus-lumus menjayakan Program Mukhayyam Tingkatan 1 ini.
- MLZ, ALAR, MSAR, MUML, MNNS, MNFH, AZM
- NA, RI, HH, AKB, SMH, RA, FR, LAA, SAM, FTM, NLB, INJ, MAM, NNR
Sekian, terima kasih
Luqman Zahid
Pengarah Mukhayyam Tingkatan 1
SMIH JB














