LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH 2025

Perkhemahan Nasional KRS Musleh telah diadakan pada 22 hingga 25 Oktober 2025 dengan penyertaan daripada sekolah rendah dan menengah rangkaian Musleh serta beberapa buah sekolah dari Indonesia. seramai 1600 murid keseluruhannya . Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, jati diri dan disiplin dalam kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti berteraskan ketenteraan, ketahanan diri dan ukhuwah Islamiah.

Sekolah Hidayah telah menghantar seramai 65 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring bagi menyertai perkhemahan kali ini. Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, termasuk pertandingan masakan survival, orientering, kem kraf, dan obsrace. Pasukan Sekolah Hidayah telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang apabila memenangi ;

Tempat pertama : Masakan Survival (Syabab)

Tempat pertama ; Orientering (Syabab),

Tempat ketiga ;
Obsrace (Fatayat)

Tempat kelima ; KemKraf (Syabab),

Tempat kelima ; Masakan Survival (Fatayat)

Selain pertandingan, peserta turut menyertai pelbagai aktiviti seperti Malam Kebudayaan, slot Palestin, slot Solat Jenazah, pengenalan asas memanah, dan sukaneka. Keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam membentuk pelajar yang berdisiplin, berdikari dan bersemangat tinggi, di samping memperkukuh ukhuwah antara sekolah-sekolah Musleh di peringkat nasional

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda