Pada 27 Mei 2025 yang lalu, Sek Men Islam Hidayah telah menerima delegasi dari Sekolah Ibnu Khaldun, Klang bagi lawatan penanda aras. Tujuan lawatan ialah mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan pelaksanaan sistem pendigitalan sekolah. Delegasi terdiri dari Pengetua, Penolong-penolong Kanan dan Setiausaha Unit dan Bidang.
Delegasi tiba pada pukul 9.00 pagi dan terus di bawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi taklimat .Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua Pn Seri Juli Emas Wati binti Adnan. Seterusnya diikuti dengan sesi pembentangan Unit Kualiti oleh Ust Mohd Shukri Abd Rahman berkaitan pelaksanaan sistem e-Fail, pengurusan fail digital, serta pemantauan dokumen secara dalam talian dalam antaranya dari Unit Bimbingan Kaunseling.
Delegasi turut berpeluang untuk mengemukakan soalan serta bertukar pandangan berkaitan cabaran dan amalan terbaik dalam melaksanakan sistem pendigitalan sekolah. Sesi ini berjalan dengan aktif dan membina.
Lawatan berakhir pada jam 2.00 petang dengan sesi penandatanganan sijil lawatan penanda aras dan penyampaian cenderamata daripada kedua-dua pihak. Kami bagi pihak Sek Men Islam Hidayah amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam memperkasa sistem pendidikan berteraskan digital.




