SMIHJB | LAWATAN DARI SMPIT ULUL ALBAB, BATAM KE SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

Pada 7 Mei 2025 yang lalu, Sekolah Menengah Islam Hidayah berbesar hati telah menerima kunjungan seramai 90 orang pelajar dari SMPIT Ulul Albab, Batam, Indonesia dalam satu program lawatan muhibah dan perkongsian pendidikan. Rombongan turut disertai oleh Ustadz Lukman Nul Hakim, Ustadz Rizki Yonetra Putra , Ustadzah Siti Hajar Solatiah dan Ustadzah Nabila Ulfa sebagai guru pengiring Rombongan tiba pada jam 11.00 pagi dan disambut mesra oleh warga Sek Men Islam Hidayah. Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar kenang-kenangan di hadapan bangunan utama sekolah. Selesai bergambar, para pelawat dijamu makan tengah hari di kantin sekolah sebelum diteruskan dengan sesi utama iaitu taklimat dan perkongsian di Dewan Qadisiyah. Sesi taklimat dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua Pn Seri Juli Emas Wati binti Adnan seterusnya sesi ramah antara murid 3 Istiqamah yang bertindak menyantuni para tetamu dan berkongsi pengalaman pembelajaran di Sek Men Islam Hidayah dengan murid pelawat.

Seterusnya, para pelawat menunaikan solat Zuhur dan dibawa untuk meninjau kawasan sekolah termasuk kemudahan akademik dan kokurikulum yang disediakan. Lawatan singkat ini berakhir pukul 2.30 petang bagi meneruskan Lawatan Pendidikan mereka di Malaysia.

Lawatan ini bukan sekadar mengeratkan hubungan silaturahim antara dua institusi pendidikan Islam serantau, malah memberi ruang untuk pertukaran idea dan pengalaman yang bermakna antara pelajar dan pendidik dari kedua-dua buah sekolah. Semoga jalinan ukhuwwah ini akan terus berkekalan dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda