Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kelancaran dan kejayaan pelaksanaan Kem Ibadah rukhsah yang telah dilaksanakan pada 24 jun di dewan Tabuk disertai oleh murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 untuk sesi ceramah.
Kem ibadah ini telah dianjurkan bagi memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada murid berkaitan rukhsah (keringanan) dalam ibadah.
Antara objektif program adalah memberi pendedahan mengenai konsep rukhsah,melaksanakan simulasi tayammum, dan meningkatkan kefahaman solat ketika sakit seterusnya dapat mendidik murid mengenai fleksibiliti dan Rahmat Allah dalam melaksanakan ibadah.
Terima kasih kepada guru2 yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya kepada penceramah jemputan Ustaz Mohamad Nor Firdaus dan fasililitator yang terlibat.Semoga usaha ini diberkati Allah dan menjadi salah satu wasilah pembentukan generasi yang berilmu, beriman dan beramal
Disediakan oleh:
Ustazah Susanti binti abd Razak
Setiausaha Kem Ibadah 2025








