Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT pada 24 Jun 2025, Bidang Ilmu Wahyu telah berjaya menganjurkan Kem Ibadah Praktikal Wudhu’ & Solat khusus untuk semua murid Tingkatan 1 dari jam 8.00pg-12.30 tengahari bertempat di musolla banin bagi banin dan musolla banat bagi banat.
Para pelajar telah didedahkan dengan ilmu dan latihan amali berkaitan tatacara wudhu’ dan solat yang betul dikendalikan oleh guru-guru Bidang Ilmu Wahyu dengan pendekatan yang santai.
Antara aktiviti yg telah berlangsung ialah sesi penyampaian kepada murid banin oleh ustaz Baihaqi bin Mohd Hatta manakala kepada murid banat oleh ustzah Khadijah binti Salim. Seterusnya demonstrasi praktikal wudhu’,
latihan solat dalam kumpulan lengkap dengan bacaan, pergerakan dan adab kemudian diakhiri dengan refleksi penghayatan ibadah.
Semoga program ini memberi motivasi kepada murid untuk solat dengan lebih sempurna dan penuh penghayatan.
“Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku” (Surah Taha: 14)









