Tarikh : 14 Jun 2025
Hari : Sabtu
Masa : 11:00 – 12:30 pm
Tempat : Dewan Tabuk Sekolah Hidayah JB
Bersempena dengan mesyuarat agung PIBG SMIH JB, satu sesi penyampaian anugerah kecemerlangan PAJSK telah dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang ko kurikulum sepanjang tahun 2024.
Seramai 106 orang murid telah menerima anugerah tersebut yang mana pecahan mereka terdiri daripada 18 orang murid tingkatan 1, 22 orang murid tingkatan 2, 26 orang murid tingkatan 3 dan 40 orang murid tingkatan 4. Anugerah kecemerlangan ini telah disampaikan oleh En. Asrul Affandi bin Esam, Pengerusi PIBG SMIH JB yang baru, Tuan Haji Ramlee bin Mamat, mantan Pengerusi PIBG SMIH JB 2024/25 dan Ustazah Seri Juli Emas Wati binti Adnan, pengetua SMIH JB.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah kecemerlangan PAJSK 2024.



