SMIHJB | DIALOGUE – VOICES OF PALESTINE UTM

Pada 24 Jun 2025 seramai 25 pelajar Ting 3 telah menyertai program Dialogue: Voices of Palestine – Menjadi Saksi, Menyeru Keadilan di Masjid UTM.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu kemanusiaan di Palestin serta memupuk nilai empati dan tanggungjawab global.

Pelajar diberikan pendedahan langsung melalui perkongsian oleh panel Dialog yang terdiri daripada Ustaz Anas bin Yakkob wakil mycare, Ustaz Mohd Firdaus Sulaiman daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Dr Zulkifli Hamisan @ Khair wakil Universiti Teknologi Mara (UTM) dan saudara Sahrel Ahmad Suhel Ahmad sebagai moderator.

Program turut diserikan dengan sesi dialog interaktif, tayangan video ringkas berkaitan situasi semasa di Gaza dan perkongsian daripada pelajar-pelajar Palestin yang sedang belajar di UTM.

Pelajar menunjukkan semangat dan keprihatinan tinggi sepanjang sesi berlangsung. Pendedahan terhadap isu-isu global amat penting untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan berdaya saing dalam mendepani dunia yang makin mencabar.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda