SMIHJB | KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMIH KE-29

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.

Sebagai Pengarah Kejohanan Sukan Tahunan SMIH ke-29, saya merakamkan rasa syukur dan penghargaan atas kejayaan penganjuran program ini yang telah berlangsung pada:

Tarikh: 10 Mei 2025
Tempat: Stadium Olahraga Mount Austin
Masa: 7.00 pagi hingga 2.00 petang

Setinggi-tinggi ucapan jazakumullahu khayran saya tujukan kepada:

  1. Yayasan Pendidikan Hidayah
  2. Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
  3. Pengetua
  4. Penolong-Penolong Kanan
  5. Seluruh warga guru SMIH

atas segala sokongan, komitmen dan kerjasama padu dalam menjayakan kejohanan ini.

Kejohanan ini bukan sekadar pentas pertandingan, bahkan menjadi medan da’wah melalui sukan (da’wah through sport) yang menyemai nilai-nilai Islam, membentuk akhlak, memperkukuh ukhuwah dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.

Sabda Rasulullah SAW:
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah. Namun kedua-duanya mempunyai kebaikan…”
(HR Muslim)

Firman Allah SWT:
“Dan sediakanlah untuk mereka segala jenis kekuatan yang kamu mampu…”
(Surah al-Anfal: 60)

Semoga segala usaha dan penat lelah ini diterima sebagai amal soleh dan menjadi saham akhirat buat kita semua.

Sekian, wassalamu ‘alaykum warahmatullah.

USTAZ AMIN
Pengarah Kejohanan Sukan Tahunan SMIH Ke-29

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda