- Pengenalan
Kejohanan KESUNAS 2025 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 2 mei hingga 4 mei 2025 bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Perak. Kejohanan ini menghimpunkan atlet-atlet muda dari sekolah-sekolah menengah Ikram Musleh seluruh Malaysia bagi menyertai pelbagai acara sukan secara sihat dan berdisiplin. - Matlamat
Matlamat utama penganjuran kejohanan ini adalah untuk :
- Mengeratkan ukhuwah antara pelajar sekolah menengah Ikram Musleh seluruh negara.
- Menggalakkan penyertaan aktif dalam bidang sukan secara beretika dan berpaksikan nilai-nilai Islam.
- Mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang sukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
- Penyertaan
Sebanyak 21 kontinjen negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, melibatkan seramai 1,500 orang atlet dan 250 orang pegawai pengiring. Kontinjen-kontinjen ini mewakili negeri-negeri seperti Johor, Selangor, Perak, Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur dan lain-lain. - Acara yang Dipertandingkan
Antara acara yang telah dipertandingkan termasuk :
- Futsal
- Bola Jaring
- Memanah Tradisional
- Memanah recuve
- Bola tampar
- Badminton
- Ping Pong
- Catur
- Keputusan Keseluruhan
Secara keseluruhan, Kontinjen SMIH Hidayah JB telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan KESUNAS 2025 selepas mengumpul mata tertinggi menerusi kejayaan dalam acara Ping Pong, memanah recuve & Futsal.
Pencapaian SMI Hidayah JB adalah seperti berikut :
Catur :
Individu lelaki : tiada tempat
Individu perempuan : kelima
Berkumpulan lelaki : gangsa
Berkumpulan perempuan : perak
Ping Pong :
Individu lelaki : emas & perak
Individu perempuan : gangsa
Beregu lelaki : emas
Beregu perempuan : gangsa & keempat
Badminton :
Beregu lelaki : keempat
Memanah tradisional :
Individu qualification lelaki : perak
Individu qualification perempuan : gangsa
Berkumpulan lelaki : keempat
Berkumpulan perempuan : gangsa
Memanah recuve :
Individu qualification lelaki : emas, perak, gangsa
Individu qualification perempuan : emas, gangsa, kelima
Berkumpulan lelaki : emas
Berkumpulan perempuan : emas
Bola tampar :
Lelaki : perak
Perempuan : tiada tempat
Bola Jaring : perak
Futsal : emas
- Penutup
Kejohanan KESUNAS 2025 telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pihak. Semangat kesukanan dan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh semua peserta membuktikan bahawa kejohanan ini bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform memupuk perpaduan dan jati diri pelajar sekolah rangkaian Ikram Musleh di seluruh Malaysia.















