Pada 14 Mei hingga 17 Mei 2025, SMIH telah menghantar seorang wakil Ustzh Siti Suhailah Tamon dan SRIH di wakili oleh Ustzh Rabiatul Adawiyah bt Ismail dan Ustzh Safiyyah bt Salim serta 2 orang AJK PIBG SRIH Pn Arina bt Sahar dan Dr Nadia Fatin ke program tersebut yang dianjurkan oleh perunding KRS MUSLEH MALAYSIA.
Program ini turut disertai oleh seramai 32 orang yang terdiri daripada 12 lelaki dan 20 wanita iaitu
1. Left Kol KRS Abd Rahaim Md Isa – Ketua Pegawai Eksekutif Perunding KRS Musleh (Ketua
rombongan)
2. Left Kol KRS Rofazlin Jusoh – Pengurus Projek dan Perunding KRS Musleh SDN BHD
3. Dr Abdullah Yeelah – Presiden Assalam Smart School Association (ASSA), Thailand
4. Dr Paisal Ase – Timbalan Presiden ASSA merangkap presiden Private Education Association of Yala, Thailand
5. Dr Azma Mahmood – Ketua Sektor Latihan CLE Musleh Integrated Education Berhad
6. Pengurus Pengurus Lembaga,
– Sekolah Al Amin Paya Besar, Kuantan
– Sekolah Al Amin Kuching, Sarawak
dan ahli ahlinya
7. Guru-guru Besar sekolah dan Wakil Guru Besar
Rangkaian MUSLEH dan Rakan Musleh (Sekolah Seri Ayeshah, Bangi Selangor)
8. Guru – guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ..
Sekolah-sekolah yang dilawati semasa berada di Bogor Jakarta ialah Sekolah Alam Bogor, Sekolah Ummul Quro Bogor dan Sekolan Alam Bintaro.
Objektif lawatan ini diadakan Berikut ialah menjalin hubungan kerjasama antara sekolah, mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan sekolah dan bilik darjah,mengenal pasti pendekatan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan motivasi dan profesionalisme warga pendidik.
Antara akktiviti-aktiviti lawatan yang dijalankan di sana ialah taklimat oleh pentadbir sekolah yang dilawati, lawatan ke kawasan sekolah secara keseluruhannya, perbincangan mengenai program akademik dan kokurikulum dan juga pertukaran cenderamata dan sesi bergambar.
Hasil dapatan dan pemerhatian selepas selesai sessi lawatan ke sekolah-sekolah di Bogor Jakarta ialah
1. Pengurusan dan Pentadbiran:
Penggunaan ruang yang efisien walaupun dengan kekangan ruang fizikal dan pelaksanaan program sekolah yang melibatkan kerjasama erat antara guru, pelajar, dan ibu bapa.
2. Pengajaran dan Pembelajaran:
– Penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dan inovatif, termasuk hasil tangan pelajar dari bahan kitar semula.
– Pendekatan pengajaran yang menekankan kepada pembelajaran aktif dan kolaboratif.
Cadangan dan tindakan susulan yang boleh dibuat selepas ini ialah
1. mengadaptasi pendekatan pengajaran inovatif yang diperhatikan semasa lawatan.
2. meningkatkan penyelenggaraan kemudahan asas di sekolah sendiri.
3. menjalin kerjasama berterusan dengan sekolah yang dilawati untuk pertukaran idea dan program.
4. menganjurkan sesi perkongsian pengalaman dengan warga sekolah yang tidak turut serta dalam lawatan. Semoga lawatan ini akan dapat dimanfaatkan bersama untuk semua warga Sekolah Islam Hidayah.Kami menucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli lembaga Pengelola Hidayah, Pn pengetua dan guru besar serta barisan Jawatankuasa Pengrurusan Sekolah(JPS) serta rakan guru kami yang sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang program lawatan ini diadakan






