SERI KEMBANGAN – Centre of Learning Excellence (CLE), Musleh Integrated Education Berhad telah menganjurkan Sesi Perkongsian Analisis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) 2024 yang telah berlangsung di Dewan Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia di sini, hari ini.
Program ini menghimpunkan Pengetua dan Penolong Kanan Kurikulum sekolah-sekolah rangkaian untuk meneliti dapatan peperiksaan serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan akademik.
Selain itu, ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meneliti pencapaian semasa, mengenal pasti ruang penambahbaikan, serta memperkukuh perancangan akademik dan strategik sekolah-sekolah di bawah jaringan Musleh dan sekolah rakan.
Antara yang dijemput berkongsi ialah Ustazah Seri Juli Emas Wati (SMI Hidayah Johor) dan Datin Wan Norsiah Wan Abdullah (SMI Riyadatul A’mal) yang membentangkan pendekatan berimpak tinggi yang terbukti berkesan di sekolah masing-masing.
