Alhamdulillah pada 26-28 Jun 2025, telah berlangsung program Idad Du’at 2025 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Program anjuran Sektor Tarbiah MIEB (Musleh Integrated Education Berhad) ini merupakan program yang menghimpunkan murid-murid terpilih daripada kalangan tingkatan 5 daripada seluruh sekolah rangkaian MIEB di Malaysia.
Dengan tema, “Membina Identiti Rabbani”, program ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta daripada Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.
Program ini telah membina kefahaman peserta berkenaan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama kehidupan, matlamat utama kehidupan, pengurusan masa, pengenalan tokoh-tokoh dan pelbagai lagi melalui sesi perkongsian, perbincangan dan pembentangan.
Semoga dengan kehadiran ke program ini telah dapat membina peserta dengan identiti rabbani seterusnya dapat pula peserta berkongsi apa yang mereka perolehi kepada kawan-kawan mereka di sekolah.

