Pada 19 Jun 2025 Sek.Men.Islam Hidayah JB telah menghantar pasukan bola jaring P18 ke Kejohanan Bola Jaring P18 MSSD JB di Velodrome Iskandar Puteri Johor. Sebanyak 28 buah sekolah mengambil bahagian. Alhamdulillah SMIH telah mendapat naib johan dalam kumpulan dan layak meneruskan perjuangan dalam pusingan kedua. Namun kali ini SMIH agak terlalu awal berhadapan dengan Gergasi Bola Jaring iaitu Sek. Men Tun Fatimah ( STF) yang merupakan Juara Menunggu pada setiap tahun peringkat MSSD JB dalam pusingan kalah mati. Hasrat pasukan SMIH untuk ke pusingan Suku Akhir terkubur setelah tewas dengan pasukan STF tersebut. Walaupun tewas dalam pusingan ini, namun pemaian-pemain SMIH tetap menunjukkan corak permainan yang baik sekali. Terima kasih tidak terhingga kepada Pn. Pengetua yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama pihak pengurusan SMIH JB, guru-guru, ibu bapa yang telah memberi sokongan dan iringan doa serta kebenaran penyertaan kepada pasukan Bola Jaring P18 MSSD Johor Bahru. Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan seterusnya kepada Jurulatih Pn. Hanim binti Jasman .Penolong Jurulatih Cik Noradilin Abdullah dan Cik Ruqayyah Nuruliman Ainullotfi serta Cik Nur Nabihah Razali sebagai AJK Teknikal Bola Jaring P18 MSSD JB. Semoga pasukan Bola Jaring P18 SMIH terus cemerlang dan bersinar pada tahun-tahun akan datang.
Laporan Kejohanan Bola Jaring P18 MSSD JB 2025:
Peringkat Kumpulan:
SMIH VS SM SSI
7-8 (Tewas)
SMIH VS SMI JB
12-0 (Menang)
SMIH VS SM CONVENT
10-3 (Menang)
(Naib Johan Kumpulan)
Pusingan ke-2 (Kalah Mati)
SMIH VS STF
1 – 17 ( Tewas)



