SMIHJB | 🏹✨ GRAND SHOOTING (OPEN) 2026 ✨🏹

πŸ“ Padang Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru

Alhamdulillah! 🌟
Warga Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) JB merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para peserta SMIH yang telah menunjukkan prestasi membanggakan dalam Pertandingan Grand Shooting (Open) 2026 yang berlangsung di Padang Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Seramai 24 orang pelajar SMIH telah mengambil bahagian, terdiri daripada 17 Banin dan 7 Banat, melibatkan kategori U-18 Lelaki, U-18 Perempuan, U-15 Lelaki dan U-15 Perempuan.

πŸ† PENCAPAIAN SMIH JBπŸ†

πŸ₯‡ U-18 LELAKI
Muhammad Yusuf Benjamin bin Sulhami
πŸ† JOHAN – 298 mata
πŸ‘ Muhammad Arash Hakimi bin Mohd Nidzam
πŸŽ– Tempat ke-8

🌷 U-18 PEREMPUAN
πŸ₯‰ Shafyah binti Mohd Helmy
Tempat ke-3 – 114 mata

πŸ”₯ U-15 LELAKI
πŸ₯ˆ Emir Faysal bin Ewanizam
NAIB JOHAN β€” 276 mata
πŸ… Rayyan bin Fahd – Tempat ke-4
πŸ… Raja Danial Danish bin Abdul Halim – Tempat ke-6
πŸ… Rafa Anaqi bin Mohamad Azmer Firdaus – Tempat ke-7
πŸ… Irham Hafizi bin Hafiz – Tempat ke-15
πŸ… Muhammad Afdzal bin Apiz – Tempat ke-16
πŸ… Irfan Naufal bin Noraidil – Tempat ke-17
πŸ… Syed Muhammad Fateh bin Syed Ahmad Fairuz – Tempat ke-18
πŸ… Rizq Mikail bin Mohammad Nazri – Tempat ke-20
πŸ… Muhammad Luqmanul Hakim bin Badrul Hisham – Tempat ke-21

🌸 U-15 PEREMPUAN
πŸ₯ˆ Raja Maria Qibtiyah binti Raja Muaz
NAIB JOHAN – 280 mata
πŸ… Nadhrah binti Fahd – Tempat ke-9
πŸ… Sarah binti Mohd Helmy – Tempat ke-9
πŸ… Indok Aisyah binti Ambok Nani – Tempat ke-20
πŸ… Nurul Afeeqah binti Mohd Sharuddin – Tempat ke-29
πŸ… Afeeya Zehra binti Mohd Zakie – Tempat ke-31
πŸ… Siti Nur Insyirah binti Abdul Rashid – Tempat ke-33

✨ DARIPADA LATIHAN, LAHIR KEJAYAAN ✨

Pencapaian ini membuktikan bahawa para atlet SMIH JB mampu bersaing dan menyerlahkan potensi dalam bidang sukan melalui latihan yang konsisten, disiplin yang tinggi, fokus serta semangat juang yang tidak mudah luntur.

Lebih membanggakan, SMIH berjaya membawa pulang 1 Johan, 2 Naib Johan dan 1 tempat ketiga, selain beberapa kedudukan terbaik yang turut dicatatkan oleh para peserta. Kejayaan ini bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi tentang usaha, disiplin, keberanian mencuba dan kesungguhan untuk menjadi lebih baik. Setiap anak panah yang dilepaskan membawa bersama doa, usaha dan semangat untuk mengharumkan nama sekolah. 🎯

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada para pelajar SMIH yang lain untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik.

Teruskan berlatih.
Teruskan berjuang.
Teruskan mencipta kejayaan. πŸ’ͺπŸ”₯

Berilmu β€’ Beramal β€’ Memimpin
🌟 Da’wah through sport 🌟
Firman Allah SWT:
β€œDan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amalan kamu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.”

(Surah At-Taubah: 105)
#SMIH
#GrandShootingOpen2026
#SMIHCemerlang
#SMIHSports
#DaawahThroughSport
#BerilmuBeramalMemimpin

Disediakan oleh:
Muhamad Syafiq bin Nor Azlan
Pengurus Grand Shooting SMIH JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda