Tarikh: 3-6 Ogos 2026
Tempat: Royal Colombo Golf Club, Colombo, Sri Lanka
Alhamdulillah, warga SMIH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua pemain golf SMIH, Muhammad Adli Hazim b Mohd Azmi dan Muhammad Aiman Hazim b Mohd Azmi, atas kejayaan cemerlang mengharumkan nama sekolah dan negara dalam Sri Lanka Junior Match Play Championship 2026 yang berlangsung di Royal Colombo Golf Club, Colombo, Sri Lanka.
Dalam kejohanan tersebut, Muhammad Adli Hazim berjaya dinobatkan sebagai Juara Kategori Boys B (Bawah 15 Tahun), manakala Muhammad Aiman Hazim turut mencatat kejayaan membanggakan apabila muncul Naib Johan Kedua (2nd Runner-Up) Kategori Boys A. Pencapaian ini membuktikan bahawa atlet SMIH mampu bersaing dengan cemerlang di peringkat antarabangsa hasil latihan yang konsisten, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang luar biasa.
Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan buat seluruh warga SMIH dan diharapkan menjadi inspirasi kepada para pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik. Semoga lebih ramai atlet SMIH akan terus melakar kejayaan di pentas kebangsaan dan antarabangsa selaras dengan aspirasi sekolah melahirkan generasi yang berilmu, beramal, memimpin.
Firman Allah SWT:
“Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amalan kamu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.”
(Surah At-Taubah: 105)
Bahan salam media massage
1. https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2026/08/1395136/adli-hazim-juara-b-15-di-sri-lanka
2. https://www.facebook.com/share/1BwYzeDeMC/
Da’wah through sport
Disediakan oleh:
Mohamad Amin Ahmad
Penyelaras Golf SMIH



