SMIHJB | Laporan Majlis Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2026

Alhamdulillah, tanggal 8 Ogos 2026 , telah berlangsungnya Majis Anugerah Musleh (HARUM) 2026. Majlis yang gilang gemilang telah berjalan lancar di Auditorium Radin Umar, UPM Serdang.

Sebagaimana nama majlis HARUM, begitulah harumnya kejayaan yang dicapai oleh Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru SMIH JB. Berkat usaha yang tidak pernah jemu, doa yang berterusan, sokongan dan dorongan semua pihak, maka hadirlah anugerah demi anugerah buat delegasi SMIH dibawah kepimpinan pengetua berdedikasi, Ustazah Seri Juli Emas Wati bt. Adnan.

Majlis anugerah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Jusni bin Yusoff, Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia. Sebanyak 27 anugerah telah diterima oleh SMIH Johor Bahru hasil usaha gigih warga Hidayah selama 31 tahun sejak 1995-2026 yang merangkumi penghargaan buat guru-guru , pelajar dan pihak pengurusan sekolah.

Berikut ialah senarai anugerah yang diterima oleh SMIH JB pada majlis penghargaan HARUM.
1. Anugerah Unggul CLE
2. Anugerah Khas Sekolah
3. Anugerah Kecemerlangan Ilmu Syariah SPPIM 2025
4. Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2025:-
➡️. Bahasa Melayu.
➡️. Sejarah
➡️. Matematik
➡️. Pendidikan Al Quran dan Sunnah
➡️. Pendidikan Syariah Islamiah
➡️. Sains
➡️. Fizik
➡️. Kimia
➡️. Biologi
➡️. Matematik Tambahan

5. Anugerah Murabbi Inspirasi
➡️. Adam Luthfie bin Abdul Razak
➡️. Norsamsidar bt Miskan
➡️. Norhayati bt Tahir

6. Kategori pelajar
➡️. Anugerah Tokoh Pelajar Unggul (banin)
Fatih bin Mohammad Faizal
➡️. Anugerah Cemerlang Sukan dan Permainan
Aleeya Adlynn bt Ezaidin
Muhammad Alif Mifzal bin Osman
➡️. Anugerah Cemerlang Kelab dan Persatuan:-
Nabil Zamri bin Adnan
➡️. Anugerah Sa’ad bin Abi Waqqash (Tokoh Kadet Remaja Sekolah Musleh) :-
Hajar Juwita bt Norhazilan
➡️. Anugerah Al Ghazali (Sahsiah Terpuji)
Aidi Hafiz bin Norazli
➡️. Anugerah Umar Al Khattab ( Tokoh Kepimpinan)
Muhammad Amir Shahid bin Rofazlin
➡️. Anugerah Mus’ab bin Umayr (Huffaz Terbaik)
Aidi Hafiz bin Norazli
Nur Humairah Uzma bt Zulkarnain
➡️. Anugerah Al Khawarizmi (Tokoh Kreatif dan Inovatif)
Muhammad Irfan Danish bin Noor Jamal
➡️. Anugerah Thalhah bin Ubaidillah (Tokoh Khidmat Masyarakat)
‘Izzah Nur Aisyah bt Ismail

Untuk makluman, Anugerah Unggul CLE merupakan anugerah yang julung-julung kalinya diberikan kepada Sekolah Menengah Islam Hidayah. Anugerah ini mengiktiraf semua usaha, jasa seluruh warga sekolah. Anugerah yang diterima ini bukan bermakna, SMIH JB sudah berada di zon selesa, boleh mendabik dada dan leka dibuai dengan ucapan-ucapan tahniah, tetapi anugerah ini menjadi motivasi dan perangsang untuk semua warga SMIH JB meningkatkan prestasi dan dalam masa yang sama mengikut resmi padi, semakin tunduk, semakin berisi….

Ayuh teruskan momentum ini  bersama-sama kami untuk kejayaan yang akan datang !Terima kasih, Thank you, Jazakumullah yang tidak terhingga buat semua guru-guru, ibu bapa dan pihak-pihak yang terlibat untuk kejayaan ini…..

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda