SMIHJB | MUKHAYYAM KRSM TINGKATAN 3 TAHUN 2024

Alhamdulillah, pada hari rabu yang lepas bertarikh 15 mei 2024, pihak Krs Sekolah Menengah Islam Hidayah JB telah mengadakan aktiviti perkhemahan KRS yang melibatkan semua murid tingkatan 3 . Berikut merupakan butiran mukhayyam:

Tarikh    : 15 – 17 Mei 2024

Hari        :  Rabu hingga Jumaat

Tampat : Wan Family Kampong Stay, Kg Temenin, Kota Tinggi, Johor

Objektif utama mukhayyam kali ini adalah mendidik peserta agar menjadi manusia bertaqwa yang bertanggungjawab terhadap manusia dan alam semesta.

Sekalung Tahniah untuk murid tingkatan 3 kerana telah menunjukkan kesungguhan, komitmen yang berterusan dan kerjasama yang baik sepanjang program mukhayyam itu berlangsung. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh MUkhayyam dilaksanakan bagi membina kekuatan fizikal dan rohani murid bagi membentuk jatidiri muslim yang bertaqwa dan musleh. Berikut adalah aktiviti-aktivitinya:

1. Ice Breaking

2. Malam Kebudayaan

3. Kembara Rohani Malam

4. Obstacle & Berakit

5. Jalan Pagi Mentadabbur Alam

6. Tazkirah

7. Kemahiran KRS

8. Ikhtiar Hidup

Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jps , guru-guru mukhayyam tingkatan 3 yang bertungkus lumus bagi memastikan mukhayyam berjalan lancar, murid-murid tingkatan 3 dan ibubapa kerana memberi sokongan kepada kami sehingga program ini dapat berjalan dengan lancar. Jazakumullahu Khairan

#JomJadiOrangYangBerTaqwa#

 – Pengarah Mukhayyam Tingkatan 3 –

SMI Hidayah JB

Sesi 2024

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda