SMIHJB | PELANCARAN NAMA BATCH 28 DAN PENGUMUMAN MT BATCH SESI 24/25

Alhamdulillah. Setelah melalui proses yang panjang, selesai sudah sesi pelancaran nama batch 28 pada 6 Mei 2024 di Dewan Tabuk yang telah dirasmikan oleh guru penyelaras Tarbiyah Tingkatan 3.

Nama yang telah dipilih sebagai nama batch adalah SOD 28. Nama ini telah diinspirasikan dari Surah Sad ayat ke 28 yang bermaksud:
“Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah Kami jadikan orang-orang yang bertaqwa sama seperti orang-orang yang berdosa?”

Ayat ini menekankan tentang amalan orang yang bertaqwa (Muttaqin) sepatutnya tidak akan sama dengan amalan orang yang berbuat dosa (Faajir). Orang yang bertaqwa adalah orang yang mempunyai matlamat hidup sedangkan orang yang berbuat dosa adalah sebaliknya.

S.O.D juga adalah akronim kepada ‘Soldiers of Dakwah’. Harapannya adalah agar ahli batch SOD 28 akan menjadi para muttaqin yang mengajak golongan faajir ke arah kebaikan.

Selepas sesi pelancaran nama batch, pengumuman ahli majlis tertinggi (MT) batch juga diumumkan. Berikut adalah senarai penuh MT batch SOD 28:

Banin:

  1. SOFI ADLI B MOHAMAD NIZAM – 3 INTISOR
  2. NAUFAL HADI B ABDUL RAZAK – 3 ISTIQAMAH
  3. MUHAMMAD MAHBOB B FAISAL KHALID – 3 MAHABBAH
  4. MUHAMMAD ZHARIF RIFQY B MOHD ZAMRI – 3 MAHABBAH
  5. AFEFF AIMAN B MOHD NOOR AZHARI – 3 ITQAN
  6. IMAN DANISH B AIZAN – 3 ISTIQAMAH
  7. DANISH QUE PUTRA B AZHAR – 3 INTISOR

Banat:

  1. NUR ARISSA QAISARA BT BADRUN – 3 ITQAN
  2. SITI FATIMAH BT SUHAIMI – 3 ITQAN
  3. AMYRA SOFEA BT FAHROL FAHMY – 3 MUJAHADAH
  4. ALYA SUMAYYAH BT MUHAMMAD MUSLIM – 3 INTISOR
  5. ANNISA FARHANAH BT MOHD FAIZAL – 3 ISTIQAMAH
  6. MARISSA ANIS ZARIFAH BT MOHD ARIFFIN 3 ITTIFAQ
  7. IZZAH SUMAYYAH BT SUHAIMI – 3 ITTIFAQ

Tahniah dan takziah diucapkan kepada MT batch yang baru. Semoga dapat menjalankan amanah dengan baik dan terima kasih diucapkan kepada MT batch yang lama atas khidmat dan jasa selama 2 tahun menjadi MT batch.

-Guru Penyelaras Tarbiyah Tingkatan 3 sesi 24/25-

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda