Alhamdulillah, pada 23 Mei 2024 telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru SMIH.
Majlis bermula dengan perhimpunan rasmi, kemudian sukaneka di antara kumpulan Keluarga Penyayang dan Jamuan bersama-sama guru kelas. Pelbagai acara diadakan bagi merapatkan ukhwah di antara guru dan murid.
Sekalung penghargaan kepada ibubapa di atas sumbangan dan hadiah yang telah diberikan kepada para pendidik SMIH.
Semoga para murabbi terus cemerlang dan berdedikasi dalam mendidik anak-anak SMIHJB
Jawatankuasa Sambutan Hari Guru