SMIHJB | UJIAN KENAIKAN PANGKAT LANS KOPERAL DAN KOPERAL 2024

Pada 16,17,21 dan 24 April 2024, telah berlangsung Ujian Kenaikan Pangkat Lans Koperal Dan Koperal yang melibatkan seramai 262 orang peserta terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Ujian ini diadakan selepas waktu sekolah pada pukul 4.00-6.00 petang dan semasa waktu kokurikulum 2.30-4.00pm. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Daripada 262 orang peserta yang berdaftar 203 peserta berjaya menyelesaikan semua ujian kemahiran yang telah ditetapkan.

            Sekalung penghargaan buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberi kepada Majlis Tertinggi KRSM sesi 23/24 SMIHJB terutamanya Pengarah Program, Pegawai Waran II Siti Aishah Amirah Binti Pahrin, ahli jawatankuasa yang terdiri daripada kepimpinan KRSM SMIHJB seramai 16 orang, guru-guru KRSM SMIHJB dan alumni KRSM SMIHJB. Semoga usaha ini dapat memperkasakan lagi Unit KRSM SMIHJB pada masa akan datang.Insha Allah.

Disediakan oleh: LM Sulaimah binti Abd Wahid

Taklimat diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Ujian Kenaikan Pangkat Lans Koperal dan Koperal

Ujian BaSeD

Ujian bantu mula

ujian ikatan

Ujian kawad

Alumni KRSM SMIHJB dan beberapa guru KRSM SMIHJB yang terlibat dapat penilaian ujian kemahiran.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda