SMIHJB | MABIT DAURAH KATIBAH BATCH QAF 27

Pada tarikh 25 dan 26 April 2024, telah berlangsung program Mabit dan Daurah bagi murid Tingkatan 4 QAF 27. Seramai 87 murid banin dan 77 murid banat telah hadir. Objektif mabit dan daurah kali ini antaranya untuk memupuk sifat istiqamah dan membina rasa pentingnya untuk sentiasa berinteraksi dengan Al-Quran sebagai sumber utama panduan kehidupan.

Penyampai pengisian program mabit kali ini ialah Ustaz Azmen, guru SMIH JB dengan tajuk Istiqamah manakala pengisian daurah berasingan mengikut katibah yang disampaikan oleh Ustaz Anas Yaakub, Ustazah Natasya SRIH JB, Ustaz Aiman dan Ukhti Ainul Mardhiyah Zameran.

Program ini dikendalikan oleh MT Batch Qaf 27 di bawah bimbingan Guru Penyelaras Tarbiah Tingkatan 4 yang terdiri daripada Ustaz Mohd Fikri Abd Rahman, Ustazah Hilsha Hashim Ustazah Khadijah Salim dan Ustazah Nurul Liyana Baharuddin serta guru mentor Tingkatan 4.

Pada hari pertama, program dimulakan dengan sesi taklimat aturcara, solat asar berjemaah, bacaan mathurat dan riadah. Pada malamnya, diadakan pengisian daripada Ustaz Azmen dan pengumuman barisan MT Batch Qaf 27 yang baru.

Pada hari keesokannya, murid qiamullail secara berjemaah, bacaan mathurat dan solat subuh. Disambung dengan aktiviti gotong royong sebelum pengisian daurah. Daurah kali ini diasingkan mengikut katibah dan diadakan aktiviti latihan dalam kumpulan sebagai praktikal kepada ilmu yang disampaikan. Sesi bergambar juga diadakan sebelum pengisian daurah sebagai kenangan.

Melalui program Mabit dan Daurah ini murid dilatih melazimi amalan seperti solat berjamaah, al Ma’thurat pagi dan petang dan membaca surah Al Mulk sebelum tidur. Murid juga dapat membina ukhuwwah di kalangan mereka melalui aktiviti yang dilaksanakan bersama-sama. Moga murid dapat peroleh manfaat daripada program ini untuk membina diri menjadi individu muslim yang soleh dan musleh.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda