SMIHJB | KEPUTUSAN RASMI PEMANTAUAN SKIPS | 2/5/2024


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL STANDARD KUALITI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA TAHUN 2023. ALHAMDULILLAH SMIH JB BERJAYA MENGEKALAN KEGEMILANGAN DENGAN MENDAPAT KEPUTUSAN 5 BINTANG SKIPS.

Alhamdulillah , setinggi rasa syukur kehadrat Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang .

Setinggi tahniah diucapkan kepada Sekolah Menengah Islam Hidayah , Johor Bahru yang telah berjaya terpilih menerima anugerah 5 bintang dalam Majlis Penyampaian Sijil Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) Tahun 2023 kategori sekolah menengah agama oleh Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) . Majlis ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E, 62604 Putrajaya pada 2 Mei 2024 hari Khamis .

Anugerah ini diadakan bagi menghargai sekolah yang telah mencapai standard yang ditetapkan dalam pemeriksaan SIJIL STANDARD KUALITI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA TAHUN 2023 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH AGAMA (SKIPS) yang telah dilaksanakan bermula bulan Mac-Jun 2023 yang lalu. Sebanyak 37 sekolah menengah agama seluruh Malaysia telah dinilai pada tahun 2023 namun hanya dua sekolah yang berjaya mencapai tahap 5 bintang dan salah satunya adalah SMIH .

Beberapa aspek utama telah dinilai secara teliti termasuk Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kurikulum dan Unit KoKurikulum SMIH . Penilaian ini telah dilaksanakan dalam beberapa fasa bermula dengan penilaian kendiri SKIPS oleh SMIH . Fasa kedua diteruskan dengan verifikasi SKIPS oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor seterusnya oleh pihak BPSwasta KPM. Tindakan berikutnya adalah proses analisis dapatan SKIPS dan akhirnya keputusan diumumkan di Majlis Penyampaian Sijil SKIPS oleh Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya.
Ucapan terima kasih khusus buat JPN Negeri Johor (Bahagian Pendidikan Swasta) atas bimbingan dan nasihat , PPD dan PPID Johor Bahru . Terima kasih juga buat Musleh Integrated Education Berhad , Lembaga Pemegang Amanah , Lembaga Pengelola Sekolah, Pertubuhan Ikram Malaysia, Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah -sekolah Islam Malaysia , YPH dan NGO yang banyak menyokong , dokongan guru-guru SMIH , barisan alumni SMIH , semua ibu bapa SMIH dan seluruh warga Hidayah yang menyumbang secara langsung maupun tidak langsung .

TAHNIAH semua , semoga pengiktirafan ini memangkin usaha kita untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang demi anak bangsa, agama dan ummah .

Berilmu Beramal Memimpin
Sekolah Menengah Islam Hidayah , Johor Bahru 2024

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda