SMIHJB | PROGRAM PEMANTAPAN KEPIMPINAN PENGAWAS SEK. MEN. ISLAM HIDAYAH JB

Pada Selasa 23 April 2024 yang lepas, telah berlangsung Program Pemantapan Kepimpinan Pengawas untuk kali yang pertama. Program ini melibatkan 61 orang pengawas sekolah daripada tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Program dimulakan selepas sesi persekolahan, di mana slot pertama ialah sesi Diskusi Disiplin pengawas bersama Ketua Unit Disiplin, Ustazah Marlina binti Basri. Para pengawas beroleh peluang untuk bertanyakan sebarang soalan berkaitan isu – isu disiplin pelajar dan peraturan sekolah kepada penceramah. Selepas slot pertama, pengawas berkumpul utuk sesi bergambar sebelum dilepaskan untuk khidmat diri dan makan malam.

Sesi malam disambung dengan solat maghrb berjemaah. Kemudian, Ketua Pengawas yang juga merupakan Ketua Pelajar SMI Hidayah JB iaitu Wan Amirul Rasyid bin Mohd Nizam telah memperkenalkan barisan MT Pengawas serta perancangan pengawas pada sesi 2024 ini. Barisan Majlis Tertinggi Pengawas termasuklah Timbalan Pengawas I dan II, dan Naib Timbalan Pengawas, Setiausaha Pengawas I dan II, MT Data dan Laporan, MT Media, MT Tugas – tugas Khas, dan MT Tarbiyah.

Slot kemuncak pada program ini ialah Slot Kepimpinan bersama Dr. Adnan bin Omar, Pegawai Pembangunan Sumber Manusia dan Latihan Pusat pendidikan Hidayah (PPH). Slot yang ceria dan interaktif ini dimulakan dengan sesi perbincangan apakah tugas utama pengawas di sekolah. Penceramah turut mengajak para pengawas menjelaskan isu – isu disiplin terkini dalam kalangan pelajar dan cara untuk menangani isi tersebut. Pengawas juga ditekankan untuk menunjukkan qudwah yang baik kepada pelajar lain, kerana sebelum merubah orang lain, kita perlulah merubah diri kita dahulu.

Alhamdulillah, program telah berjalan dengan jayanya dan tamat pada jam 10.20 malam. Jazakumullahu khayran diucapkan kepada guru – guru, ibu bapa dan para pengawas di atas kertelibatan dalam program ini. Semoga usaha ini dapat membina barisan pengawas sekolah yang komited dan berdedikasi dalam membantu melahirkan insan rabbani yang mampu memimpin dan membawa rahmah kepada masyarakat

Unit Pengawas,
SMI Hidayah JB,
Sesi 2024.

Barisan Pengawas SMI Hidayah JB sesi 2024 yang dibimbing oleh guru pengawas: Ustaz Imran bin Omar dan Ustazah Nur Hidayah binti Junaidi

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda