SMIHJB | MUKHAYYAM KEPIMPINAN KRSM

Mukhayyam dimulakan dengan aktiviti bagi merapatkan ukhuwah sesama peserta. Peserta telah membina pangkalan dan memasak dengan jayanya. Slot malam diisi dengan pengenalan kepada organisasi pegawai KRSM SMIHJB dan juga Majlis Tertinggi (MT) KRSM SMIHJB. Perancangan tahunan KRS sekolah telah dibentangkan pada semua kepimpinan.


Pada hari kedua, aktiviti Memanah Tradisional (MeTra) dikendalikan oleh Leftenan Zaidahtul Nazira bt Mohd Ali sebagai jurulatiha MeTra. Mukhayyam diteruskan lagi dengan slot ‘micro-teaching’ dan diakhiri dengan Perhimpunan Majlis Penutup yang tamat pada jam 12.00 tengahari. Ucapan Jazakumullah khairan kathira diucapkan ada pengetua, para penolong kanan, guru-guru bertugas, murid yang menjadi AJK Mukhayyam dan juga tahniah pada semua murid yang telah menyertai mukhayyam ini dengan penuh semangat.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda