SMIHJB | PROGRAM MABIT DAURAH TINGKATAN 5 BATCH NEXUS 26

Pada 25 dan 26 April 2024 telah diadakan program MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) bagi pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam Hidayah bertempat di dewan Khandak, Qadisiah di sekitar kawasan sekoilah.

Program MABIT pada kali ini telah dihadiri seramai 147 orang pelajar. 74 lelaki dan 73 perempuan.

Ini adalah program MABIT yang julung kali diadakan bagi tahun 2024.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah riadah sesama ahli batch Nexus Tingkatan 5 pada sebelah petang dan pada malamnya pula diteruskan dengan slot gacor tazkirah yang disampaikan oleh alumni SMIHJB.

Jumaat pagi pula para pelajar mengikuti pengisian Daurah yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Mabit ini dikendalikan di bawah bimbingan Guru Penyelaras Batch Nexus 26 dan dibantu oleh guru-guru murabbi dan mentor Tingkatan 5.

Melalui program Mabit dan Daurah ini pelajar dilatih melazimi amalan seperti solat berjamaah, qiamullail, al-Ma’thurat pagi dan petang dan membaca surah Al-Mulk sebelum tidur.

Pelajar juga dapat meningkatkan kefahaman Islam dan berpeluang membina ukhuwwah dalam kalangan mereka melalui aktiviti yang dilaksanakan bersama-sama.

Alhamdulillah program Mabit dan Daurah Tingkatan 5 ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa, pelajar dan guru-guru yang menyumbang usaha menjayakan program ini.

Semoga anak-anak Nexus ini semakin bersemangat untuk terus menghadapi semua cabaran di dalam pelajaran dan kehidupan, serta mendapat rahmah dan hidayah Allah swt di dunia dan akhirat

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda