SMIHJB | KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI KELAS

Alhamdulillah, selesai sudah kursus kepimpinan organisasi kelas pada 22 Mac 2024 yang lalu. Program tersebut berjalan dengan lancar dengan kehadiran peserta seramai 97 orang dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah. Kursus ini berlangsung di Dewan Tabuk pada hari Jumaat dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi. Sasaran sekolah daripada kursus ini ialah ketua kelas, penolong ketua kelas, setiausaha, bendahari banin dan bendahari banat.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Program Ice Breaking yang dikendalikan oleh alumni batch Altair 21 iaitu Abdullah Aziem Azmen dan Ahmad Hassan Mohd Jelani. Suasana ceria dan gembira telah memikat hati para peserta. Seterusnya, ceramah mengenai Ciri-Ciri Kepimpinan yang telah disampaikan oleh En.Adam Luthfie Abdul Razak. Kursus bertambah hangat dengan penyampaian yang disampaikan oleh Pen.Kanan Hal Ehwal Pelajar, Pn.Hamizah bt Othman mengenai Tanggungjawab Ketua Kelas, Pen.Ketua Kelas, Setiausaha dan Bendahari.

Tujuan kursus diadakan agar pimpinan kelas mempunyai nilai kepimpinan yang sebenar dengan mempertingkatkan prestasi sekolah dari segi disiplin, akademik, kokurikulum, budi pekerti dan semangat kerja. Objektif kursus supaya kita dapat melahirkan pemimpin yang berkeyakinan, berketerampilan dan bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi pelajar berkaitan kukurikulum dan ko-kurikulum. Insya Allah kita dapat memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Amin.

“Harapan kita menentukan kualitas tindakan yang kita ambil”

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda