SMIHJB | Program Ceramah Ihya’ Ramadan SMIH 2024

Isnin 11 Mac 2024 sehari sebelum tibanya bulan Ramadan, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah melancarkan Program ihya ’Ramadan yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sebagai persediaan untuk bulan Ramadhan yang akan datang selang beberapa hari lagi.

Bagi menyempurnakan program, pembukaan majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran beserta terjemahan oleh pelajar Aidi Hafiz bin Norazli.

Sekolah telah menjemput Ustaz Abu Hanifah yang juga alumni sekolah bagi memberi ceramah yagn bertajuk “Ramadan : Bangunkan Jiwamu” sebagai pengisian rohani untuk menempuh bulan Ramadan yang akan datang.

Objektif program ini diadakan adalah meningkatkan kesedaran pelajar untuk membina peribadi dan akhlak, bermula dengan ibadah.

Selain itu, objektif program yang lain adalah mendidik pelajar memahami Ramadan sebagai titik tolak untuk jadi seseorang yang mengutamakan Allah dalam semua perkara, serta sebagai bulan untuk bangunkan jiwa kehambaan dalam diri.

Program ini juga dapat mengingatkan para pelajar bahawa ibadah yang dilakukan di bulan Ramadan sangat besar ganjaran amal ibadahnya berbanding bulan bulan biasa sama ada wajib mahupun sunat.

Oleh itu,besarlah harapan pihak sekolah untuk mendedahkan kepada murid-murid Sekolah Agama Islam Hidayah tentang adab dan amalan mulia di bulan Ramadan ini melalui program-program Ihya Ramadan lain yang akan diadakan seperti Kuiz Ramadan, Adogapotu, Ibadah Challenge dan Talk2 Ramadan.

Semoga semua pelajar mendapat manfaat daripada usaha-usaha kecil ini dan berjaya melalui Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan insyaAllah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda