SMIHJB | MESYUARAT AGONG TAHUNAN 2024

Pada 27  Mac 2024, telah berlangsungnya program tahunan Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru  iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) . Program ini anjuran Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah (Kopsmih) untuk kali ke-11 secara bersemuka di Dewan Tabuk Sekolah Islam Hidayah bermula jam 8.40  hingga 10.00 pagi.

Alhamdulillah, kehadiran anggota seramai 600  orang yang terdiri daripada murid tingkatan 1, 2, 3 , 4 dan guru-guru juga  dapat memeriahkan lagi suasana mesyuarat pada hari tersebut.

Puan Seri Juli Emas Wati binti Adnan, selaku Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru, merangkap  Pengerusi Kopsmih telah merasmikan  mesyuarat tersebut.

Walaupun pada tahun 2022 merupakan fasa peralihan utnuk kebangkitan semula perniagaan secara fizikal, Alhamdulillah laluan keuntungan yang diraih oleh koperasi ada peningkatan. Walaupun peningkatan agak perlahan, namun sokongan daripada anggota secara berterusan dengan membeli barangan di koperasi dapat mengekalkan jualan. Penjualan barangan seperti buku-buku, pakaian dan minuman memudahkan anggota mendapatkan barang-barang keperluan mereka di koperasi. Tambahan pula, bisnes baru seperti penjualan makanan jualan panas, sewaan loker  dan  produk frozen dapat meningkatkan lagi hasil jualan di koperasi. Hal ini dapat dibuktikan daripada laporan kewangan tahunan, Perbandingan pendapatan KOPSMIH pada tahun kewangan 2022 ialah RM602, 713.76 dan untuk 2023 ialah RM715,179.86 iaitu meningkatkan keuntungan sebanyak  19%. Alhamdulillah, Kopsmih juga dapat mengekalkan pemberian dividen sebanyak 10% kepada anggotanya. Seramai 11 orang anggota Lembaga Koperasi yang terdiri daripada 9 orang daripada  kalangan guru SMIH dan 4 orang murid daripada tingkatan 2  telah dilantik bagi sesi 2024. Semoga dengan pelantikan ini, Kopsmih dapat terus memacu keuntungan dengan lebih baik dan anggota Lembaga yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan baik sesuai dengan moto Kopsmih, “Muafakat Membawa Barakah”.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda