SMIHJB | MABIT DAN DAURAH TERAKHIR BAGI TINGKATAN 1 2023

Membina Iman dan Taqwa atau Mabit (MABIT) merupakan program tarbiah yang wajib dilalui oleh semua murid tingkatan 1. Program MABIT bermula dengan aktiviti permainan petang pada hari Khamis dan berakhir pada 7.30 pagi pada 17 November.

Seramai 160 orang murid tingkatan 1 , 15 orang fasilitator dalam kalangan Pembimbing Rakan Sebanyak Tingkatan 3, 3 orang penyelaras tarbiah Tingkatan 1 dan dibantu oleh guru-guru mentor Tingkatan 1 telah  memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan program Mabit berjalan dengan lancar.

Acara kemuncak ketika MABIT ialah Pengisian Meniti Usia Baligh yang telah disampaikan oleh Ahmad Daniel bin Sharudin atau lebih dikenali sebagai Abu Nuha. Penceramah jemputan ini banyak pengalaman dalam mengurus pembentukan remaja sama ada memberi ceramah atau mengadakan program keremajaan di Johor.

TARIKH : 17 November 2023

          Program daurah terbahagi kepada dua kelas iaitu Katibah Umar Abdul Aziz dan Katibah Ali Abi Talib. Daurah bermula 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.

          Daurah KUZ telah disampaikan oleh Ustazah Siti Aminah mengenai Mencintai Orang-orang Beriman di Dewan Qadisiah.

Manakala, Daurah KAT telah diberikan oleh Ustazah Nuha Abdul Razak mengenai Mukaddimah Ini Sejarah Kita (ISK)

Mabit dan daurah berakhir jam 11.00 dengan sesi mengambil gambar batch di Dataran Sekolah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda