SMIHJB | Laporan Majlis Ihtifal Ilmi Institusi Pendidikan Islam Swasta  Negeri Johor Tahun 2023

Alhamdulilah, pada tarikh 16 November  2023, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghantar 4 orang pelajar untuk mewakili daerah Johor Bahru ke pertandingan tersebut. Pertandingan berlangsung di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim Larkin (MARSAH) . 4 orang pelajar tersebut mewakili daerah Johor Bahru dalam kategori seperti berikut:
                        1) Aidi Hafiz Bin Norazli -Pertandingan hafazan Juzuk 1-5

                       2) Zulaikha Allysyah Binti Zakry Syah- Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu

                       3) Ameera Aesya Arman- Pertandingan hafazan Juzuk 1-5

                       4) Fatimah Az-Zahra Binti Azlan- Pertandingan Tilawah banat.

            Para peserta telah berlatih bersama-sama guru-guru pembimbing untuk berusaha memberikan yang terbaik untuk pertandingan tersebut. Terdapat 10 buah daerah yang terdapat di negeri Johor terlibat dalam pertandingan Ihtifal Ilmi ini yang diadakan 2 tahun sekali.  Adat pertandingan, pasti ada yang menang dan ada yang kalah, Alhamdulilah 2 orang peserta Smih telah berjaya di dalam acara yang disertai. Keputusan seperti berikut:

                    1 ) Aidi Hafiz Bin Norazli- Tempat kedua  hafazan banin Juzuk 1-5

    2) Zulaikha Allysyah Binti Zakry Syah- Tempat ke3 Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu    

           Semoga pada masa akan datang lebih banyak peluang dan ruang untuk pelajar lebih menggembangkan bakat dan berjaya dalam acara yang dipertandingkan.   Sekian terima kasih.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda