SMIHJB | MABIT-DAURAH TINGKATAN 4 KALI KE-3

Pada 16 dan 17 November yang lalu telah dilaksanakan program MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) dan Daurah bagi murid Tingkatan 4 Sekolah Menengah Islam Hidayah (Batch Nuexus26). Ini adalah program MABIT-daurah yang ke 3 dan terakhir bagi tahun ini.

Program kali ini telah dirancang sebaiknya oleh para guru penyelaras tarbiah Tingkatan 4 iaitu Ustazah Afifah, Ustazah Hilsha, Ustaz Muhammad Mudzakkir serta penasihatnya Ustaz Ahmad Taufiq.

Program bermula selepas asar dengan aktiviti riadhah. Selepas Maghrib peserta telah mengisi masa dengan menyelesaikan mutabaah amal (tugasan seperti tilawah, selawat dan zikir). Pada pukul 9.00 malam telah diadakan satu pengisian bertajuk ‘Sedekah’. Penyampai bagi peserta banin ialah Ustaz Abdullah Mus’ab bin Aizaini manakala bagi banat ialah Ustazah Zaidahtul Nazira.

Keesokannya, seawal pukul 4.00 pagi peserta mula bangun untuk melaksanakan Qiamulail. Setelah selesai Khidmat Diri dan sarapan, program Daurah batch dilaksanakan dengan tajuk daurah ialah ‘Mukmin Cemerlang’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Aiman bin Abdull Rahim. Daurah kali ini berbentuk bengkel, peserta telah dibahagikan pada kumpulan. Setiap kumpulan diberi soalan yang berbeza untuk dibincangkan dan dibentangkan di hadapan semua peserta.

Diharapkan semua ahli batch Nexus26 dapat mengutip mutiara-mutiara tarbiah buat bekalan perjalanan yang panjang dan sukar terutama di usia remaja ini.

Pihak tarbiah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang sentiasa menyokong program tarbiah sekolah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda