SMIHJB | UJIAN KEMASUKAN MURID BAHARU SESI 2024/2025

5 December 2023

Pada 18 Nov yang lepas,SMIH telah mengadakan sesi ujian dan temuduga bagi murid dan juga ibu bapa untuk kemasukan 2024/2025.Seramai 79 orang murid dari pelbagai sekolah dan 87 orang ibu bapa telah hadir untuk sesi temuduga ini.Murid yang hadir telah menjalani ujian bertulis dan sesi temubual bersama guru, manakala ibu bapa telah mengikuti sesi temuduga bersama ahli panel yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG, barisan pentadbir sekolah dan guru-guru senior. Alhamdulillah sesi ujian dan temuduga selesai dilaksanakan pada pukul 12.30 tengahari.

Kongsikan dan Sebarkan