SMIHJB | MUKHAYYAM KRS TINGKATAN 1 2023

Pada tanggal 26 hingga 28 Oktober 2023, alhamdulillah selesai sudah Mukhayyam KRS Tingkatan 1 2023 yang diadakan di Resang Indah Chalet, Tanjung Resang, Endau, Mersing, Johor dengan tema “Akhlak Terpuji Ukhuwah Terjalin”.

Seramai 167 orang pelajar yang terdiri daripada 93 orang syabab dan 74 orang fatayat telah menyertai perkhemahan ini bagi melengkapkan modul KRS(M) Tingkatan 1. Perkhemahan ini telah diiringi oleh seramai 13 orang guru dan 18 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4.

Objektif utama Mukhayyam Tingkatan 1 adalah untuk melatih dan meningkatkan kemahiran ikhtiar hidup, mengeratkan ukhuwwah di kalangan peserta, meningkatkan disiplin, kefahaman Islamiyyah serta minat peserta untuk bermukhayyam.

Alhamdulillah syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka dalam menjalani semua aktiviti yang telah dijalankan.

Sekalung penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada Pengarah Mukhayyam Tingkatan 1, Leftenan Masdinizam Bin Shamsuddin Shukor, AJK Guru KRS, guru-guru serta Fasilitator (yang terdiri dari murid Tingkatan 4) SMIH JB yang telah menjayakan program tahunan ini. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi di masa depan.

Jazakumullahu khairan kathira.

Leftenan Hilsha Binti Hashim
Unit Program KRS Tingkatan 1

smihjb2023

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda