SMIH JB | PROGRAM DAURAH TINGKATAN 3 IKRAM MUSLEH 2023

Pada 2 November 2023 sehingga 4 November 2023, telah berlangsung program Daurah Tingkatan 3 Musleh, yang bertempat di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Batu Pahat, Johor.

Program ini telah menghimpunkan wakil-wakil terpilih seramai 165 pelajar dari 18 buah sekolah Musleh seluruh Malaysia. Seramai 28 murid Tingkatan 3 Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menyertai program tersebut.

Program tahunan ini dianjurkan bagi mengembangkan bakat calon pimpinan sekolah, mengeratkan ukhuwah antara pimpinan pelajar sekolah Musleh dan mendedahkan pelajar kepada realiti dunia yang memerlukan kepada usaha dakwah dan kebajikan.

Peserta-peserta telah melalui pelbagai sesi perkongsian daripada beberapa penceramah jemputan seperti Ustaz Abdul Majid, Ustaz Abdullah Fikri, dan Ustaz Hafiz Bai, dan juga melaksanakan perbincangan dalam kumpulan.

Semoga program seperti ini akan terus memantapkan kemahiran kepimpinan peserta seterusnya memberi impak yang baik untuk dibawa pulang ke sekolah masing-masing.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda