SMIHJB | PROGRAM NADWAH KEPIMPINAN IKRAM MUSLEH 2023

29 October 2023

Pada 29 September hingga 1 Oktober 2023 yang lalu, telah berlangsung program Nadwah Kepimpinan Ikram Musleh bertempat di Sekolah Menengah Islam Hira, Jeram, Selangor.

Program ini menghimpunkan wakil-wakil terpilih daripada kalangan murid tingkatan 4 daripada seluruh sekolah rangkaian Ikram Musleh.

Seramai 30 orang peserta telah mewakili Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

Program yang bertemakan “Qiyadah Wa’iyah” ini telah membolehkan semua peserta untuk saling berkenalan serta bertukar-tukar buah fikiran dan pengalaman sepanjang program berlangsung.

Program ini telah mengupas secara praktikal ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti yang dicontohi daripada baginda nabi SAW.

Peserta juga telah diminta untuk membuat perancangan gerak kerja yang akan diaplikasikan di sekolah masing-masing selepas ini.

Semoga program seperti ini akan terus memantapkan kemahiran kepimpinan peserta seterusnya memberi impak yang baik untuk dibawa pulang ke sekolah masing-masing.

Kongsikan dan Sebarkan