SMIHJB | ‘TECHTAPE’ : ALAT PENGUKUR PENGGUNA KERUSI RODA

Pada 15/7/2023, seramai 3 orang pelajar dari tingkatan 4 dan seorang pelajar tingkatan 5 telah menyertai UHS-High School Science Project’s Exhibition 2023 anjuran dari Univerisitas Halim Sanusi Bandung, Indonesia. Pertandingan diadakan secara atas talian dan telah mendapat tempat pertama bagi anugerah projek terbaik. Rentetan dari program tersebut, projek ini mendapat perhatian dari pihak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Unit Pemulihan Carakerja untuk menggunakan ‘Techtape’ pada pesakit berkerusi roda. Pada 25/9/2023,bertempat di Unit Pemulihan Carakerja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 4 pelajar berikut telah menyerahkan projek mereka untuk diaplikasikan kepada pesakit berkerusi roda.
⦁ Ahna Safiy Binti Ahmad Athif
⦁ Ahya Safiy Binti Ahmad Athif
⦁ Haifa Ruqaiyah Binti Mohd Hanafi
⦁ Hani Sakinah Binti Zulkifly
Semoga ia menjadi motivasi pada pelajar-pelajar untuk mengembangkan idea-idea yg boleh bermanfaat pada semua.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda