SMIHJB | LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

HARI : SABTU
TARIKH : 21 OKTOBER 2023
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PULAI PERDANA
MASA : 9.00 – 1.00 PETANG
PENGANJUR : UNIT PUSAT SUMBER IBNU RUSYD
KEHADIRAN : 4 GURU DAN 15 MURID

Objektif program :

  1. Memperkaya pengetahuan dan pengalaman tentang pengurusan Pusat Sumber Sekolah
  2. Menimba maklumat dan berkongsi pengetahuan tentang kecemerlangan Pusat Sumber SMK Seri Pulai Perdana
  3. Memberi galakan kepada guru dan pengawas Pusat Sumber untuk bertugas dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh ke arah memastikan Pusat Sumber cemerlang

Alhamdulillah, lawatan penanda aras pusat sumber telah berjalan dengan lancar. Jazakumullah kheir kepada Pengetua, En Abdul Aziz dan GPM SMK Seri Pulai Perdana, Cikgu Shah Ridha atas kesudian menerima kunjungan lawatan kami.

Semoga Pusat Sumber Ibnu Rusyd terus cemerlang dalam pengurusannya dan menjadi keseronokan buat guru dan pengawas pusat sumber dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda