SMIHJB | ANUGERAH KOPERASI JOHOR

20 October 2023

Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Berhad memenangi  Tempat ke 2 Anugerah 10 Koperasi Sekolah Terbaik Negeri JOHOR pada Anugerah Koperasi JOHOR 2023  Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Opero Hotel Southkey Johor Bahru 19 Oktober 2023.Timbalan Pengerusi Koperasi SMIH JB Berhad Ustzh Hamizah Othman mewakili puan pengerusi dan Ustzh Siti Suhailah Tasmon selaku Bendahari menerima trofi dan sijil berkenaan.

Anugerah disampaikan oleh wakil Menteri Besar JOHOR, Datuk Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor
.

Kejayaan ini adalah hasil bimbingan berterusan melalui prgam Miricle IKMA JOHOR Selatan, ahli Lembaga Pengelola Pusat Pendidikan Hidayah, jawatankuasa pengurusan sekolah (JPS) dan barisan Anggota Lembaga Koperasi SMIH BERHAD yang banyak menyokong, membantu dan menguruskan koperasi ini.

Selain daripada itu kecekapan warga koperasi itu sendiri sekali gus menunjukkan Koperasi SMIH BERHAD diurus dengan cekap dan teratur..Ini kerana antara penilaian yang dinilai adalah berdasarkan kepada pengurusan dan pengendalian akaun koperasi yang baik serta dalam masa yang sama mendidik para pelajar SMIH dalam bidang keusahawanan dan koperasi.

Kejayaan ini juga adalah sumbangan semua warga SMIH JB iaitu bermula dengan sokongan yang padu daripada pengurusan tertinggi, kakitangan dan juga pelajar.Penglibatan pelajar-pelajar melalui program-program keusahawanan juga secara tidak langsung impak kepada pelaksanaan pengurusan koperasi ini untuk berjalan dengan baik selain pengurusan koperasi yang cekap.

Kongsikan dan Sebarkan