SMIHJB | MUKHAYYAM GURU PEREMPUAN SMIH 2023

HARI : KHAMIS – JUMAAT
TARIKH : 28-29 SEPTEMBER 2023
TEMPAT : KW CARAVAN PARK & CABIN STAY
MASA : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG
PENGANJUR : UNIT PEMBANGUNAN SAHSIAH STAF
KEHADIRAN : 55 ORANG


Program mukhayyam ini disertai seramai 54 orang peserta daripada kalangan guru SMIH, 3 orang guru SRIH serta barisan ahli jawatankuasa dan 3 orang pengasuh yang turut hadir membantu pengurusan jagaan anak-anak. Tema “Adab Unggul, Peribadi Rahmah” dipilih bagi menjayakan program mukhayyam ini serta beberapa objektif disusun seperti berikut :

  1. Memupuk sifat ikhlas beramal dalam setiap amanah yang dipertanggungjawabkan.
  2. Menjiwai peranan murabbi yang rahmah melalui kebersamaan membina tarbiyah.
  3. Beriltizam dan memantapkan akhlak Islam dalam kehidupan.
  4. Membina sifat taat, disiplin dan thiqah kepada pemimpin.
  5. Mengukuhkan dan mempraktikkan nilai ukhuwah Islamiyah.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah aktiviti bersama orang tua di Rumah Orang Tua Ihsan, kemudian bertolak ke tapak perkhemahan di KW Caravan Park & Cabin Stay di Benut, Pontian. Setelah tiba di sana, program diteruskan dengan aktiviti teasure hunt. Pada petang hari, aktiviti memasak bersama iaitu rewang. Pada malamnya, diadakan pengisian rohani daripada Ustazah Farah Wahida bertajuk “Peranan Murabbi”.
Keesokkan hari, diadakan aktiviti “Sekolahku Syurgaku” dan diakhiri dengan resolusi mukhayyam.

Semoga perkhemahan ini dapat memberi manfaat yang besar dan mendidik sifat tarbiyah dalam diri setiap individu. Terima kasih kepada pengetua, barisan AJK, guru nurseri dan para peserta yang sangat hamasah. Jazakumullah khier kathir.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda