SMIHJB | MUKHAYYAM TINGKATAN 3

30 September 2023

Assalamualaikum Wbt.
Pada  7 – 10 September 2023 lepas, satu perkhemahan Mukhayam Tingkatan 3 telah dijalankan bertempat di Kem Otternest, Pulai, Johor Bahru.

Seramai 166 orang pelajar telah menyertai perkhemahan ini bagi melengkapkan modul KRS(M) tingkatan 3. Perkhemahan ini telah diiringi oleh seramai 10 org guru dan 16 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5.

Alhamdulillah, kem ini telah dapat dijalankan dengan jayanya di mana hampir 90% peserta telah berjaya mengikuti program dan menjalani semua aktiviti sehingga tamat.

Syabas diucapkan kepada semua peserta atas kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka dalam menjalani semua aktiviti yang telah dijalankan. Tahniah juga kepada semua guru AJK serta fasilitator yang telah menjayakan program tahunan ini. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi di masa depan.

Kongsikan dan Sebarkan