SMIHJB | KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI KELAS

Alhamdulillah, selesai sudah kursus kepimpinan organisasi kelas pada 1 april 2023 yang lalu. Program tersebut berjalan dengan lancar dengan kehadiran peserta kyang memuaskan dari kalangan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah. Kursus ini berlangsung di Dewan Qadisiyah pada hari ahad dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Sasaran sekolah daripada kursus ini adalah dalam kalangan pelajar yang mempunyai tanggungjawab tersendiri seperti ketua, penolong ketua, setiausaha dan bendahari.

Organisasi sekolah memerlukan pelajar yang mempunyai nilai kepimpinan untuk mempertingkatkan prestasi sekolah dari segi disiplin, akademik, kokurikulum, budi pekerti dan semangat kerja. Objektif kita supaya dapat melahirkan pemimpin yang berkeyakinan,berketerampilan dan bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi pelajar berkaitan kukurikulum dan ko-kurikulum. Insya Allah kita dapat memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Amin.

“Harapan kita menentukan kualitas tindakan yang kita ambil”

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda