SMIHJB | Program ihya’ ramadhan SMIH 2023

Beberapa hari sebelum tibanya bulan Ramadan, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah melancarkan Program ihya ’Ramadan yang dihadiri oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sebagai persediaan untuk bulan Ramadhan yang akan datang selang beberapa hari lagi. Bagi menyempurnakan program, pembukaan majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran beserta terjemahan dan penyampaian puisi oleh beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah. Majlis juga telah menjemput seorang insan yang bernama Ustaz Wan Abdul Rahman bagi memberi sedikit sebanyak ceramah berkaitan Ramadan sebagai pengisian rohani untuk menempuh bulan Ramadan tidak lama lagi.

Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran Allah dan peristiwanya. Program Ihya Ramadan ini juga perlu diadakan di bulan Ramadan pada setiap tahun bagi mengingatkan para pelajar bahawa ibadah yang dilakukan di bulan Ramadhan ini ganjarannya lebih besar dari bulan bulan biasa sama ada wajib mahupun sunat. Oleh itu,besarlah harapan pihak sekolah untuk mendedahkan kepada murid-murid Sekolah Agama Islam Hidayah tentang adab dan amalan mulia di bulan Ramadan ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda